
Lokasi Kami
Notis Privasi
Notis Privasi Kami [Dikemaskini Pada September 2024]
Makluman kepada semua pendengar kami bahawa kami telah mengemaskini Notis privasi kami pada [1 September 2024] yang lalu. Untuk pengetahuan anda ada beberapa perubahan secara berkala kami lakukan pada notis baharu kami ini. Antaranya ialah tentang periklanan di web kami, cara menyertai acara/ program dan apa-apa aktiviti yang kami adakan di ceria fm ini. Diharap anda membaca dulu notis ini sebelum berurusan dengan kami.
Berikut beberapa pekara yang anda perlu ambil perhatian
1. Semasa melayari web kami. - Semasa melayari web kami anda mungkin dikenakan caj Data Mudah Alih @ Wi-Fi yang anda guna untuk membuka web kami. Jika ada kerugian atau kecuaian data BUKAN DARI PIHAK KAMI kami tidak akan bertanggungjawab.
2. Selepas melyari web kami - Jika anda berpuas hati dengan kandungan yang kami paparkan di web ini, anda boleh kongsikan kandungan web kami pada rakan-rakan anda atau orang sekitar anda. Kami amat bebesar hati jika anda mahu berbuat demikian.
3. Pengalaman anda ketika melayari web kami. - Jika berkelapangan anda boleh kongsikan pengalaman anda ketika melayar web kam. Kongsikan pendapat anda dan cadangan anda untuk kami menambahbaikan web kami.
4. Cadangan dan pendapat anda ketika melyari web kami. - seperti di no.3 diatas, anda bole kemukakan cadangan dan pendapat anda kepada kami.
5. Peringatan kepada anda semasa layari web kami. - Anda tidak bole mencetak @ salin dan tampal artikel-artikel dan kandungan diweb kami sesuka hati, tanpa kebenaran. Jika mau salin dan tampal perlu minta kebenaran dari admin dahulu.
*Semoga anda faham dengan notis privasi kami yang baru ini. Terima Kasih atas kerjasama anda.
Dasar Privasi
Dasar privasi kami juga telah dikemaskini. Untuk makluman anda kami telah merubah beberapa dasar privasi kami kepada pengguna web ini dan juga kepada anda yang mahu menyertai sebarang aktiviti, rancangan, peraduan, cabutan bertuah dan lain-lain lagi.
Berikut beberapa ketetapan yang kami kemasikini
Terma dan Syarat Peraduan
1. Adalah dimaklumkan bahawa semua orang [rakyat Malaysia Sahaja] boleh menyertai peraduan, aktiviti, rancangan dan apa saja aktivis yang kami anjurkan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun - 80 tahun. Bagi yang umur bawah 18 kebenaran dari ibubapa diperlukan sebelum anda menyertai.
2. Jika anda kakitangan ceriafm, ahli keluarga atau ada kaitan dengan ceria fm adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk anda menyertai sebarang peraduan yang dianjurkan oleh ceria fm.
Terma Pengunaan No. Telefon
1. Tolong jangan call sesuka hati stesen radio kami. Jika anda mahu call sila tunggu masa dan apa yang pengacara kami bahaskan. Jika pengacara berkata "anda boleh call kami sekarang" barulah anda boleh call untuk berkongsi cerita, berbual dengan pengacara yang sedang "on air" pada waktu itu.
2. Caj kredit mungkin dikenakan kepada pemanggil kami. Untuk makluman anda jika anda menggunakan telefon bimbit ada kredit maka panggilan anda akan dikenakan bayaran oleh pembekal perkhidmatan rangkaian anda. Jika anda guna pelan tanpa had "unlimited" maka tiada caj kredit dikenakan oleh pembekal perkhidmatan anda. Jika anda guna pelan pascabayar yang tidak ada unlimited call maka akan dicas pada bil telefon anda, jika anda guna pelan pascabayar yang unlimited, tidak ada caj dikenakan oleh pembekal rangkaian anda. Kami cadangkan anda pastikan kredit mencukupi sebelum call kami. Diharap anda faham dengan dasar privasi kami ini.
Terma Dan Syarat Penggunaan aplikasi whatsapp
Hak anda untuk menggunakan aplikasi social kami iaitu whatsapp adalah termaktub dengan syarat anda tidak menghantar gambar lucah, berunsur agama dan politik, Jika tidak anda akan dikenakan tidakan keras oleh pihak kami. Selain itu terma dan syarat panggilan juga harus diingat bahawa anda tidak boleh suka hati untuk menggunakan nombor telefon kami, pejabat kami untuk tujuan yang lain. Jika mahu membuat panggilan sila tunggu dari pengacara kami yang sedang 'on air' pada waktu itu. Dan jangan gunakan nombor Whatsapp kami untuk yang bukan-bukan, jika didapati anda berbuat begitu pihak kami tidak akan taragak-agak membuat laporan polis. Kami berharap anda baca dan fahami dulu sebelum menggunakan perkhidmatan Whatsapp kami. Terima kasih atas kerjasama anda.